Wonder Club world wonders pyramid logo
×

Reviews for Religion and Politics in Modern Iran: A Reader

 Religion and Politics in Modern Iran magazine reviews

The average rating for Religion and Politics in Modern Iran: A Reader based on 2 reviews is 4 stars.has a rating of 4 stars

Review # 1 was written on 2013-09-12 00:00:00
2005was given a rating of 4 stars Gunther Mainhardt
Saya masuk ke dalam perbahasan demokrasi Indonesia ini sesudah menekuni buku Martin van Bruinessen, Contemporary Developments in Indonesian Islam: Explaining the Conservative Turn . Namun, disebabkan buku ini lebih mudah dibaca (lantaran ditulis oleh hanya satu penulis), saya lebih gemarkan perbincangannya, disamping ia bertumpu kepada peranan yang dimainkan Pancasila (kiranya, asas atau rukun negara Indonesia) yang diguna-pakai oleh para pemain politik. Selain itu, disebabkan kejelasan perbahasannya, saya kira boleh dianalogikan perbincangan dalam buku ini seumpama Pancasila itu seperti satu pancang, dan perebutan dan tarik-tali kuasa umpama satu bola bertali yang diikat kepadanya, yang ditumbuk ke sana ke mari oleh para politikus laksana piñata. Hal ini kerana, setiap kali ada perselisihan dalam kalangan mereka, mereka akan kembali kepada Pancasila sebagai sumber moral (boleh dikatakan hampir dengan Quran sebagai sumber moral). Secara kasarnya, buku ini sedikit sebanyak elitis, sepertimana disebutkan oleh penulis di bahagian awal, di mana, perspektif dan pengaruh kepada perkembangan demokrasi dan politik di Indonesia adalah seputar cuma para elit intelektual seperti Abdurrahman Wahid (pemimpin NU dan pengasas Forum Democracy), B.J. Habibie dan Amien Rais (Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia, ICMI), Soeharto, Nurcholish Majid dan ABRI (Angkatan Bersenjata Republik Indonesia) serta pemuka nasionalis, sama ada dari golongan sekular mahupun Golkar (Golongan Karya). Kurang dipaparkan pengaruh dari bawah (lihat sebuah buku cadangan di bawah) dalam mempengaruhi perkembangan politik dan demokrasi di Indonesia. Perbahasan seputar Pancasila itu sememangnya menarik. Dinyatakan bahawa dalam prinsip pertama Pancasila (Kepercayaan kepada Tuhan), warga mesti "mutually respect and cooperate with followers of different religions and beliefs."-91 Saya melihat rukun ini sangat penting untuk difahami (bagi rakyat Malaysia khususnya) sepertimana yang difahami dalam ruang publik-politik Indonesia, yakni kepercayaan kita kepada Tuhan kita sendiri tidak boleh menidakkan kepercayaan orang lain kepada Tuhan mereka. Kita tidak boleh "memaksakan" Tuhan kita ke atas orang lain atas alasan kita yang memiliki Kebenaran. Sudah tentu kita boleh merefleksi hal ini dalam konteks negara kita sendiri, akan pemaksaan ideologi negara dalam sesuatu perkara, contohnya dalam pendidikan. Sudah tentu nyata sebagai hakikat yang tidak dapat disangkal bahawa silibus yang disuguhkan oleh sesebuah pemerintahan adalah ideologikal. Namun, untuk dihujahkan bahawa, contohnya khat (sekurang-kurangnya tulisan jawi masih boleh diterima sebagai satu kultur yang dikongsi) itu adalah warisan (heritage) yang dikongsi , maka kita boleh bertanya, dikongsi oleh siapa? Adakah apabila kita melihat ia diguna pakai oleh puak kita, maka kita menyangka-nyangka ia dikongsi bersama? Tambahan, sekira dihujahkan secara historikal, adakah ia (khat) diamalkan dan dipelajari oleh rakyat terbanyak, atau sekadar oleh golongan bangsawan dan golongan isi istana? Selain itu, adakah ia kini diangkat kerana kita hanya sekadar meromantis budaya terdahulu cuma? Bimbang nanti, sekiranya berlaku kajian yang lebih mendalam atau berlaku pertukaran kuasa/pemerintahan, hal itu tidak mampu terbangun. Lalu menjadilah ia seperti kebanyakan suguhan usul-usul yang pada mata kasarnya nampak mengagumkan, namun menarik kita kembali ke belakang (regress). Selain itu, lantaran Pancasila itu sendiri sangat ideologikal; didapati, semua pihak boleh mendakwa mereka bergerak berdasarkan Pancasila yang diterima dan dipengang oleh semua warga. Pemerintah dengan bermudah-mudah menuduh pihak yang 'menggugat' kestabilan politik atau membuka ruang-ruang suara berbeza yang bersetentang (dissenting voices) sebagai anti-Pancasila. Pemerintahan tentera pula mengakui mereka mengangkat demokrasi berdasarkan prinsip pancasila, yang didasarkan oleh kebudayaan Indonesia dalam konsep kekeluargaan (family-ness), lalu cuba membawa konsep pengintegrasian (integrationalism) asas negara itu sebagai negara kekeluargaan (familial state). Mereka menolak pemisahan badan sivil dan negara, dengan berhujah ini adalah konsep Barat namun tidak kritis akan apa yang disuguhkan tersebut; cuba mengabsahkan kedudukan mereka dalam wacana-kuasa politik Indonesia sebagai satu keterdesakan yang tidak dapat diketepikan. ICMI pula terbit pada zaman keghairahan revivalis Islam, oleh kelompok Islamis yang ingin mengislamisasikan masyarakat, supaya wujud masyarakat Islam (Islamic Society), kemudian negara Islam. Pada mulanya mereka diserang oleh pemerintahan dan tentera atas alasan akan membenihkan ekstremisme (sejarah lama berdarah Indonesia oleh Parti Komunis) selain bertentangan dengan Pancasila, tetapi mereka cuba mengambil posisi mesra pemerintahan (politic-licking). Mereka berhujah bahawa, dengan cara sebegitu, mereka dapat bersuara dengan lebih bebas berbanding dengan diserang dan ditangkap oleh pemerintahan. Namun, malangnya, mereka bebas bersuara untuk kepentingan politik mereka (yakni politik Islam) sendiri, namun mereka tidak bebas bersuara (atau kritis) terhadap kekuasaaan lantaran mereka dipegang tengkuknya dan disuap makan oleh pemerintahan Soeharto. Kesian (pathetic) sekali keadaan mereka yang menjual prinsip demokrasi demi kekuasaan. Bahkan, benar sekali sepertimana penulis sebutkan, "prominent Muslim intellectuals such as Aswab Mahasin, Nurcholish Majid, and Emha Ainun Nadjib, also question whether the perception of Islamic Exclusivism in ICMI may be counter-productive for Islam and wonder if the organization has been captured by those who see Islam as a stepping-stone to political power." (m/s 77) apabila setelah Soeharto mendapatkan kembali pengaruhnya sesama warga muslim terbanyak, mereka disisihkan olehnya. Peranan oleh tentera pula lebih kompleks. Meski mereka ditentang kerana bersifat autoritarian, ada suara-suara di dalam yang menggendangkan supaya dibuka ruang-ruang suara dan pendemokrasian berjalan lebih rancak, meski bersifat dalaman. Mereka, seperti ICMI, hanya berfikir dalam kotak ideologi mereka, seperti tulisan Khaled Abou el Fadl dalam Reasoning with God: Reclaiming Shari'ah in the Modern Age , tidak akan mampu kritis akan sistem yang mereka sendiri guna pakai kerana mereka tidak dapat melihat dari luar bingkai kaca mata mereka akan kesan tindakan dan tingkah mereka itu. Disebabkan sifat mereka yang cuba untuk bebas dari politik (above politics), mereka mengutarakan bahawa ketidakstabilan dan perpecahan di Indonesia adalah lebih kepada aspek ekonomi, bukan sektarian seperti yang dipalu oleh ICMI. Mereka mengutarakan persoalan yang lebih konkrit, kesenjangan dalam kalangan masyarakat, penguasaan dominasi syarikat multi-nasional antara penyebab kepada kemarahan warga, yang menyebabkan kebangkitan yang menggugat kestabilan politik Indonesia. Disebabkan peranan yang diutamakan buku ini adalah ke arah pendemokrasian Indonesia, maka, tidak dapat tidak, ada sedikit kecondongan (biasness) dalam mengangkat Abdurrahman Wahid sebagai tokoh yang utama dan men'syaitan'kan (demonize) ICMI (yang tidaklah saya bermasalah dengannya). Dalam perbahasan demokrasi, ideal-ideal Wahid secara pragmatiknya diselaraskan dengan Pancasila, yang meskipun dipertentangkan oleh seteru-seterunya 'sama ada, contohnya Demokrasi Pancasila selama ini tidak cukup, atau selama ini Indonesia tidak ada demokrasi' saya mendapati, ideal-ideal beliau, yakni tiga syarat asas iaitu "separation of state and civil domains. … Separation of civil society and government. … Separations of powers within government" (m/s 110) adalah melangkaui zamannya; zaman di mana ICMI tidak berani mengkritik pemerintahan Soeharto langsung (dan hanya menjilatnya), dan zaman di mana pemerintahan ABRI yang menyatakan seolah-olah kewujudan mereka bersejajar secara alamiah dengan negara republik Indonesia. Sudah tentu kita boleh pertikaikan sama ada ideal-nya dibumikan secara realiti apabila beliau menjadi Presiden ke-4 pada 1999 (buku ini ditulis pada 1995), dengan berbagai skandal rasuah dan salah-guna kuasa yang membarah; namun, prinsip beliau sewaktu itu, untuk tidak berselingkuh dengan kekuasaan tetapi dalam masa sama kritis akan kekuasaan adalah satu tempeleng yang sangat kuat kepada ICMI, yang mementingkan politik-kuasa yang sementara sahaja, yang hanya akan membaja pemahaman sektarian dan membenihkan perpecahan (divisiveness). Hal ini sama seperti singgungan Dr. Farouk akan Pas, bahawa lebih baik mereka tinggalkan politik parti seperti Nahdatul Ulama di bawah pimpinan Abdurrahman Wahid dan fokus kepada dakwah dan kerja-buat sosial. Pas, yang mempunyai ragam yang sama dengan ICMI lebih cenderung untuk menekan atau membonsaikan suara-suara kritis dalam proses menaiki tangga kuasa, namun berani untuk berkata, seperti ICMI, bahawa mereka "mempraktiskan keterbukaan suara dan demokrasi". Dalam masa yang sama, mereka lebih rela play-safe, berselingkuh dengan sesiapa yang sedang memegang tampuk kuasa berbanding untuk berkata benar (calling a spade a spade) demi keuntungan politik yang sementara yang belum pun pasti. Sebagai refleksi diri, pembacaan ini memaksa saya untuk memikir-ulang akan keperluan untuk mempelajari bahasa asing, kerana berkira-kira untuk mempelajari bahasa Ibrani (Old Hebrew) lantaran ada beberapa buku berkenaan kaitan wacana agama Yahudi (serta Kristian) dalam zaman pembentukan Islam memerlukannya (atau sekurang-kurangnya penterjemahan). Hal ini lantaran melihat keperluannya selain betapa Abdurrahman Wahid itu mendepani zamannya, disebabkan beliau fasih dalam bahasa Arab, Inggeris dan Belanda (selain boleh membaca dalam bahasa Jerman dan Perancis). Hal ini serupa dengan Fazlur Rahman, yang sangat terkedepan dan boleh berbahasa Greek, Jerman, Perancis, Parsi, Turki dan Urdu. Perlu juga disebut seperti yang dinyatakan dalam bab 6: konklusi bahawa adalah sesuatu yang aneh apabila politik antarabangsa tidak menjadikan Indonesia sebagai contoh bagaimana untuk mengasimilasikan demokrasi dalam negara, lebih-lebih lagi dalam konteks negara-moden. Melalui buku Khaled el Fadl, saya terfikir juga keperluan Amerika Syarikat, sekiranya mereka serius, untuk, mengikut model Indonesia, dengan melunturkan serangan media yang melampau-lampau ke arah menuduh setiap keganasan oleh mereka yang didakwa sebagai muslim atau berbangsa atau mempunyai galur arab/Islam sebagai terrorisme (dalam masa sama tutup mata akan yang dilakukan oleh mereka yang berkulit putih siap beserta manifesto), kerana ia akan hanya merancakkan lagi radikalisme dan sektarianisme dalam masyarakat, sama ada oleh muslim (puritan-wahhabi) atau bukan (far-right white nationalism). Juga, buku ini kurang (atau tertinggal dalam) membicarakan mengenai peranan Muhammadiyah dalam pendemokrasian atau dalam wacana Islam sewaktu 1980-90 tersebut dalam pautan di atas, kerana Prof Syafii Maarif merupakan seorang kontemporer kepada Abdurrahman Wahid. Sudah tentu, hal politik di atas sangatlah rencam dan kompleks dari apa yang dipilih-pilih untuk dinyatakan di sini. Saya mesti mengajukan kepada pembaca supaya menekuni sendiri buku ini untuk menilai perbahasannya secara masak. Bacaan tambahan luar: Nahdatul Ulama: Traditional Islam and Modernity (1996) Piety and Politics: Nurcholish Majid and his interpretation of Islam in modern indonesia (2005) Feeling threatened: Muslim-Christian Relations in Indonesia's New Order (2006) Argumen Islam untuk Liberalisme (2010) Martin van Bruinessen: Rakyat Kecil, Islam, dan Politik (2013) Burhani, Ahmad Najib "Liberal and Conservative Discourses in the Muhammadaiyah: The Struggle for the face of reformist Islam in Indonesia", dalam Contemporary Developments "Postcript: The Survival of Liberal and Progressive Muslim Thought in Indonesia" dalam ibid.
Review # 2 was written on 2020-02-27 00:00:00
2005was given a rating of 4 stars William Davies
Since the very first formation of Indonesia as a nation-state, Islam played a significant role. Like Kahin said, it had been a key catalyst for solidarity between peoples in different islands in East Indies. After Indonesia gained its independence, that power needs to deal with other faction, to make sure that everyone could feel comfy under the same roof. So they choose Pancasila as a basic value for Indonesian constitutional system, instead of Islam. Like what had been told in the subtitle, "Civil Islam" then try to argue and discuss Islam in Indonesia ability to deal with democracy after that moment. With recent uplift of radical Islamic politic movement in Indonesia, "Civil Islam" is a must-read.


Click here to write your own review.


Login

  |  

Complaints

  |  

Blog

  |  

Games

  |  

Digital Media

  |  

Souls

  |  

Obituary

  |  

Contact Us

  |  

FAQ

CAN'T FIND WHAT YOU'RE LOOKING FOR? CLICK HERE!!!