Wonder Club world wonders pyramid logo
×

Reviews for Interviewing Experts

 Interviewing Experts magazine reviews

The average rating for Interviewing Experts based on 2 reviews is 3 stars.has a rating of 3 stars

Review # 1 was written on 2017-11-09 00:00:00
2009was given a rating of 2 stars James Maxey
AGAK sukar menjadi manusia angkuh sehingga memandang rendah bahasa ibunda dan etnik sekiranya membaca buku tentang evolusi bahasa daripada sudut sejarah dan masa depan seperti Language in Danger karya Andrew Dalby ini. Melainkan individu itu mempunyai kepentingan ekonomi yang sempit atau memang sifatnya bodoh sombong, membaca buku ini menginsafkan apabila ia menguak pintu sejarah panjang bahasa yang saling berkembang dan berinteraksi, kemudian bertahan dan menguasai yang akhirnya hilang, terserap atau menjadi unggul. Dengan gaya penulisan popular, buku ini menyorot bahasa daripada pelbagai sudut dan dimensi hubungannya dengan manusia dan perubahan serta kaitannya dengan masyarakat penutur asal dan negara yang mempunyai bahasa kebangsaannya. Prolognya saja sudah menggugah sensitiviti pembaca terhadap kemandirian bahasa itu khususnya bahasa ibunda apabila menyuguh ramalan 2,500 daripada 5,000 bahasa akan hilang dalam tempoh 100 tahun, iaitu kira-kira satu bahasa setiap dua minggu. Bagi pembaca yang merasakan ramalan itu hanya diperbesar-besarkan, buku ini memulakannya dengan premis mudah betapa ibu bapa di setiap negara semakin kurang mengajar bahasa ibunda yang minoriti kepada anak mereka, manakala sekolah pula menekankan bahasa kebangsaan dan bahasa antarabangsa secara hebat. Tidak hairanlah, Language in Danger memberikan tumpuan kepada bahasa Inggeris dengan melihat ia berkembang daripada `datuk'nya, Proto-Jerman bertemu dengan Celtic (bahasa yang tidak direkod), selain menerima pengaruh bahasa Latin dan akhir sekali bahasa Perancis, sebelum merebak ke seluruh dunia melalui imperialisme. Sekiranya masih kurang yakin dalam isu imperialisme bahasa, Dalby mengimbau sejarah empayar Rom yang `membunuh' kira-kira 50 bahasa di Eropah apabila bahasa Greek dan Latin meratahnya lewat dominasi kuasa politik, ekonomi, status sosial dan pendidikan. Tidak terlepas daripada nasib malang itu adalah dua bahasa penting di Eropah ketika itu, Gaul atau Gaulish (timur dan utara Perancis) dan Punic (selatan dan pantai timur Semenanjung Sepanyol) yang akhirnya ditelan empayar Rom kerana penutur aslinya tidak mempunyai kesedaran dan kekuatan untuk mempertahankannya. Proses kehilangan bahasa di Eropah di tangan Rom mungkin sukar untuk dilihat secara terperinci apabila bahasa yang mati itu tidak meninggalkan sebarang nesan, tetapi proses yang sama akibat imperialisme bahasa Inggeris khususnya melalui penjajahan dan globalisasi terbentang di hadapan kita. Bahasa Inggeris mempunyai sejarah `pembunuhan bahasa' yang paling buruk dalam dua tiga abad kebelakangan ini termasuk `pembersihan etnik' di Australia yang menyebabkan bahasa Tasmania pupus hampir serta-merta apabila etnik penuturnya diburu dan dibunuh oleh imigran-kolonial Eropah. Dalby memetik ahli linguistik Australia, RMW Dixon: Pada 1803, sekurang-kurangnya ada lapan bahasa berlainan di Tasmania tetapi hanya beberapa bahagian yang sempat direkod sebelum penuturnya mati atau dibunuh. California, Amerika Syarikat (AS) menjadi makmal bahasa paling baik untuk kajian `kepupusan bahasa' apabila daripada 98 bahasa yang per-nah dituturkan, bahasa yang sudah tidak mempunyai penutur adalah sebanyak 45; ba-hasa yang mempunyai seorang hingga lima penutur (17) dan hanya penutur tua (36). Antara sebab penting untuk menyekat kepupusan bahasa, Dalby menegaskan, kita memerlukan ilmu pengetahuan yang dipelihara dan beredar dalam sesuatu bahasa kerana setiap bahasa menyimpan pengalaman budaya berhubung sumber alam yang sebenarnya mempunyai nilai saintifik dan bermanfaat kepada manusia. Contohnya etnobotani termasuklah perubatan herba etnik Shoshoni di California yang menyumbang kepada perubatan moden seperti tumbuhan bersusu me'eppeh tepuhi untuk rangsangan penyusuan ibu dan tumbuhan renek kwitaweyampeh (pendarahan usus serta berpotensi untuk agen anti-barah). Buku setebal 329 halaman terbitan Penguin Books berupaya menyedarkan pembaca untuk memelihara bahasa ibunda dan mengangkatnya sebagai bahasa ilmu, politik dan ekonomi, sekali gus mengingatkan kepupusan bahasa bukanlah dongeng atau ramalan yang tidak berasas.
Review # 2 was written on 2019-10-15 00:00:00
2009was given a rating of 4 stars Willard Watson
Lots of intriguing arguments about why we should strive to preserve language diversity. In addition, it debunks the need for Official English in America by arguing that anyone who wants to prosper or wants their children to prosper will learn English as a matter of course regardless of outsider attempts to make them either adhere to their native language or force them into learning "proper" English. (I also hadn't considered the side-effect the Official English movement creates by marginalizing Amerindian languages.) As for the prescriptive language argument, it remains to be seen whether language constrains thought but nearly everyone can agree that language diversity increases the possibility for original thought and expression.


Click here to write your own review.


Login

  |  

Complaints

  |  

Blog

  |  

Games

  |  

Digital Media

  |  

Souls

  |  

Obituary

  |  

Contact Us

  |  

FAQ

CAN'T FIND WHAT YOU'RE LOOKING FOR? CLICK HERE!!!